Thursday, August 20, 2009

Keangkuhan di dalam pelayanan

“Saya ada pengalaman luas dalam pentadbiran, jadi saya tahu bagaimana yang terbaik untuk gereja,” kata seorang ketua belia yang dilantik oleh seorang paderi paroki untuk menerajui kerasulan belia.

Kata-kata ini diucapkan oleh beliau sebaik sahaja mesyuarat belia selesai. Namun ironinya, mesyuarat itu tidaklah berjalan dengan lancar. Malah selepas itu pun, ramai yang tidak puas hati dengan pengerusi tersebut kerana sikapnya yang angkuh dan tidak mendengar pendapat kata orang lain.

Pengalaman dan bakat yang dimiliki oleh ahli-ahli gereja amatlah dialu-alukan untuk disumbangkan di dalam pembangunan gereja. Sejarah telah memperlihatkan bagaimana orang-orang yang berbakat dalam bidang tertentu, menjadi penyumbang besar dalam Gereja. Misalnya Leonardo da Vinci yang telah melukis dan mengukir banyak gambar dan patung kudus di sekeliling Dataran Santo Petrus, di Roma.

Kepakaran-kepakaran tertentu sudah pasti dalam memajukan Gereja dalam beberpa sudut tertentu seperti dalam pengurusan kewangan, pembangunan fizikal, pentadbiran sumber tenaga dan pendidikan.

Banyak elemen yang dipraktikkan dalam gereja diserap daripada cara kerja syarikat atau dalam badanbadan kerajaan. Entiti-entiti ini sememangnya di luar lingkungan Gereja namun kita mengambil beberapa unsur yang boleh diguna pakai dalam pengurusan gereja.

Walau bagaimana pun, Gereja juga mempunyai panduan pentadbiran yang terkandung dalam Undang-undang Kanon Gereja. Antara lain undang-undang ini menggariskan bagaimana pengurusan dan pentadbiran Gereja Katolik secara umum yang merangkumi seluruh angota gereja termasuklah Sangti Papa sendiri.

Berbalik kepada kisah pengerusi belia tadi, pengalaman beliau di dalam kerjayanya yang hebat, bukan penjamin kepada kejayaan pentadbiran di dalam sesebuah kerasulan.

Apa yang jelas, Gereja menerima elemen-elemen luar bagi digunakan dalam pengurusan Gereja, namun Gereja bukan berlandaskan pada elemen tersebut. Gereja telah wujud selama 2000 tahun kerana dua perkara ini — iman dan cintakasih.

Dua perkara ini membolehkan Gereja mampu berdiri dan ditadbir mengikut acuannya sendiri. Ini kerana, setiap perkara yang dilakukan di Gereja harus berdasarkan dua perkara ini dan bukan kepada kepakaran atau keuntungan semata mata. Dua perkara utama inilah merupakan aset utama Gereja dalam menereuskan urusan urusan seharian.

Satu lagi kisah yang saya ingin kongsikan di sini ialah kisah rakan saya yang tidak menjawat jawatan Pengerusi, tetapi banyak memajukan kelas Inisiasi Kristian dan kursus perkahwinan.

Setelah tiga tahun dia mencurahkan pelayanan di Gereja tersebut, tiba-tiba dia disingkirkan oleh sekumpulan belia yang mengaku mempunyai pengetahuan agama dan kepakaran yang lebih tinggi.

Oleh kerana ditolak, maka rakan saya meninggalkan jawatannya dan melayani di Gereja lain. Saya memahami perasaan beliau akibat ditolak kerana keangkuhan orang lain.

Tetapi, seperti yang dikatakan tadi, Gereja dan sesebuah kerasulan teguh kerana iman dan cintakasih.

Umat mulai menyedari kumpulan belia yang begitu karismatik ini tidak searif mana pun, tidak memahami dan tidak memperlihatkan sikap yang baik. Saya dan rakan saya, hanya boleh mendoakan mereka kerana mereka tidak mahu menerima nasihat apatah lagi mahu meminta pertolongan.

Kita harus ingat bahawa kepakaran atau kekayaan tidak akan menjamin kesinambungan hayat Gereja.

Kepakaran individu akan hilang bersama bilamana ajalnya tiba. Namun Gereja akan tetap sentiasa berdiri kerana iman dan cintakasih telah disemaikan pada orang lain. Kedua-dua aset ini merupakan landasan dan juga merupakan tujuan, arah haluan dalam menerajui Gereja.

Kita boleh memberikan kepakaran kita pada gereja, tetapi gereja bergerak bukan kerana kepakaran kita. Gereja digerak dan ‘ditadbir’ oleh satu unsur yang kita tidak nampak iaitu ROH KUDUS. — Pierre Kee

dipetik dari http://www.heraldmalaysia.com

Pusat kemahiran Katolik untuk para belia menganggur

COLOMBO: Di tengah-tengah krisis ekonomi dunia, sekumpulan kaum muda yang masih menganggur tetap bersyukur kerana Gereja menyediakan latihan pekerjaan.

Pengangguran tinggi di Sri Lanka disebabkan oleh peperangan sivil yang berlangsung selama beberapa abad dan krisis ekonomi yang merundum. Keadaan ini telah mendorong Komuniti La Salle Pelayanan Pendidikan (LCES) di Mutwal Colombo, untuk membantu kaum muda untuk meningkatkan lagi kemahiran mereka di dalam pencarian pekerjaan.

Seorang remaja lelaki Katolik berusia 18 tahun, Vethanayagam Justin menyatakan “Hanya terdapat sedikit sahaja pekerjaan di kampung saya yang sentiasa terlibat dengan perang. Saya terpaksa meninggalkan kampung dan berhenti belajar kerana perang.”

Justin ke Colombo di mana dia melakukan kerja-kerja sampingan. Justin dan 80 remaja lelaki yang lain menajamkan kemahiran dan keyakinan untuk mencari pekerjaan meskipun kadar pengangguran yang tinggi.

Pusat Vokasional anjuran Brother La Salle ini dibuka untuk para pelajar yang tercicir tanpa mengira agama, memberi latihan dalam pertukangan, membaiki paip, pengimpalan dan pendawaian untuk lelaki dan memberi latihan menjahit dan kemahiran kecantikan bagi para pelajar wanita.

Program yang bermula pada tahun 1981 dan sesi 18 bulan ini adalah percuma. Tempat tinggal dan makanan juga disediakan.

Pada Julai 31 hingga Ogos 1 yang lalu, satu pameran hasil kerja para pelajar telah diadakan. Justin, salah seorang yang terlibat amat bangga kerana dapat mempamerkan hasil dari kursus pengimpalan yang dipelajarinya.

“Ramai kaum muda yang tidak sabar, kurang bertolak ansur dan tidak berdisiplin akibat pengangguran,” kata Bro Arulapuu Mervin Lambert, salah seorang tenaga pengajar. “Pendidikan teknikal dapat menjamin seseorang untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai,” katanya.

Pada penghujung kursus tersebut, sijil kehadiran dan perakuan akan diberi kepada para pelajar yang menamatkan kursus mereka.

Zuhara Fahim, 24 tahun, seorang wanita Islam yang telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak, menyatakan bahawa LCES memberinya harapan untuk memulakan hidup baru.

Zuhara yang belajar kemahiran menjahit berasa yakin untuk membantu kewangan keluarganya. — UCAN

Dipetik dari http://www.heraldmalaysia.com

Wednesday, August 12, 2009

COY di batalkan

Peserta Mission Sook telah dilanda kekecewaan yang amat mendalam apabila mendengar COY di Kuala Penyu telah dibatalkan. Sehingga ada yang berkata "bagus lagi bunuh diri" dan pelbagai ungkapan yang boleh membuat hati mereka tenang selepas mendengar berita yang amat menyedihkan mereka. Sejak 27 Ogos mereka telah memulakan latihan koir setiap hari di Gereja sehingga diumumkan dengan rasmi bahawa COY telah dibatalkan pada 09 Ogos. Amaa!! sapa tida sedih bogia kan kalau terjadi macam ni..Apa pun yang terjadi, kita akan tetap melayani Yesus dengan iman yang teguh walaupun banyak cabaran dan rintangan di dalam pelayanan kita terhadap Yesus.

Saturday, July 25, 2009

Tahniah Rev Fr. Ronnie Alfred Luni


Rev Fr Ronnie Alfred Luni

Telah ditahbiskan oleh Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong pada 25 Julai 2009 (Sabtu) bertempat di Paroki St.Theresa, Tambunan, pada masa yang sama Bapa Uskup telah melancarkan Tahun Para Paderi peringkat Keuskupan Keningau (2009 - 2010). Tahniah kepada Fr. Ronnie Luni kerana telah menyahut panggilan Tuhan dengan merelakan diri untuk menjadi Paderi. Fr. Ronnie Luni akan melayani di Paroki St. Peter, Kuala Penyu. Semoga terus maju di dalam pelayanan Fr. Kami sentiasa mendoakan.

"Setialah kepada yang SETIA kerana yang SETIA akan tetap setia kepada yang setia"

Thursday, July 16, 2009

Adakah mereka terpanggil??

Seminar Informasi Panggilan yang telah diadakan pada 10-12 Julai 2009 bertempat di Gereja Roh Kudus Sook, dianjurkan oleh Tim Komisi Panggilan Keuskupan Keningau yang diketuai oleh Fr.Bonaventure Unting (merupakan paderi pertama dari Mission Sook), Sr.Tina Basil (FSIC), Sr.Eugene (Infant Jesus), Sr.Bridget (Putri Karmel), Bro.Terezo (CSE), Sr. Emily (Komuniti Betania) dan Bro.Egbertus Jaikul (FSC, La Salle Brother). Seramai 55 orang peserta telah memberanikan diri tanpa dipaksa oleh siapa-siapa untuk menyertai seminar informasi ini.

98 % para belia dan 2 % merupakan ibu-ibu yang sanggup meluangkan masa untuk menyertai seminar ini. Huyoo, respect la sama ibu-ibu yang join, kamurang memang spoting. Pada 10hb Julai hari yang pertama, Fr.Bona telah menyampaikan sesi yang pertama di dalam homilinya semasa Misa Kudus pembukaan, iaitu Tema Pastoral Keuskupan. Betapa pentingnya kita sebagai umat di Keuskupan Keningau menghidupi Tema Pastoral kita sendiri yang sangat indah kerana merangkumi seluruh kehidupan kita sehari-hari seperti Berbudaya Menyembah Tuhan, Membentuk Iman & Bertanggungjawab sosial melalui keluarga yang berteraskan Ekaristi. Sesi II - Sejarah Keuskupan Keningau yang disampaikan oleh Bro. Egbertus Jaikul. Diikuti dengan saat teduh oleh Fr.Bona sebagai penutup hari pertama.

Hari kedua merupakan hari yang paling panjang di dalam seminar ini. Hari kedua dimulakan dengan sesi pengenalan kongregasi, dalam sesi ini Bro & Sr yang mewakili kongregasi masing-masing telah memperkenalkan kongregasi mereka kepada para peserta. Pada petang hari tersebut, pembahagian kumpulan telah dilakukan dan disambung dengan games serta latihan untuk persiapan malam persembahan. Malam persembahan yang bermula pada jam8.00 malam sangat happening sekali dengan persembahan yang menghiburkan dari setiap kumpulan dan di hiburkan lagi dengan persembahan yang disampaikan oleh KWK GRKS.

Misa Kudus pada hari ketiga (hari ninggu) dipimpin oleh Fr.Bona bersama dengan umat. Semasa homili, Fr telah memberikan informasi tentang Kepaderian. Selepas Misa Kudus, aktiviti soal jawab telah diadakan, disinilah para peserta dapat bertanya segala persoalan mereka tentang panggilan.

Kita tahu bahawa "Tuaian memang banyak, tetapi pekerja sedikit" oleh itu adakah mereka terpanggil??.Sama-samalah kita berdoa kepada yang empunya tuaian agar mengirirmkan pekerjanya. Oleh itu para belia semua beranilah untuk menyahut panggilan Tuhan dengan terbuka kepada dorongan kuasa Roh Kudus.