Monday, January 11, 2010

Animator KBK-3

KBK GRKS mengucapkan terima kasih kepada semua yang ada di gambar ni kerana sudi menyumbangkan tenaga untuk menjadi Animator KBK-3 pada 06 Disember 2009 iaitu Pelancaran KBK-3. Meskipun penat kerana telah bertungkus lumus membantu MOT&LOT semasa KBCL-11, namun semangat tetap membara untuk melayani Tuhan. Masih muda-muda gia, tulah dorang-dorang ni penuh dengan semangat yang membara-bara hehe. Walaupun banyak kekurangan dari segi gerakan, namun yang paling penting kejujuran kita untuk memberi yang terbaik dalam apa pun yang kita lakukan untuk Yesus. Thx untuk Janet, Epen, Nana, Boy, Tracy, Grace, Ronny, Dody, Jojo, Well, Donny and Franco.

Sunday, January 10, 2010

ALBUM ROHANI (ENGKAU PENOLONG-KU)

Membeli sambil menderma. Album rohani yang telah dilancarkan oleh Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong pada 11 Disember 2009 di Gereja Roh Kudus Sook telah mula dijual diseluruh Sabah. Anda yang ingin mendapatkan album rohani ini, silalah hubungi.

Trinity Records,
Pekan Sook,
PO Box 1291,
89008 Keningau.
Emel : boydrixz@yahoo.com
No. Tel : 0198229055 & 0148756533

Hasil penjualan akan disumbangkan kepada TABUNG PEMBANGUNAN GEREJA ROH KUDUS SOOK.

Menuju KBK-3

Hai belia semua, apa kabar kamurang di tahun yang baru ini, harap-harap semuanya okey2 ja kio. KBK GRKS mengucapkan HAPPY NEW YEAR 2010, siou sebab lambat wish, tapi apa-apa pun kita bersyukur kepada Tuhan atas tahun 2009 yang banyak memberi kita kenangan manis dan pahit (Mespes) hehe. Untuk pengetahuan semua aktiviti KBK tahun ini akan tertumpu kepada KBK-3, 2010 yang akan di adakan di St. Theresa, Tambunan pada 07 - 11 Jun 2010. Oleh itu, start dari bulan 1 sampai bulan 5 kita akan banyak menjalankan aktiviti MENUJU KBK-3.

YURAN RM85.00 Seorang
(Termasuk baju noh maini, momom & air minum)

Borang berharga RM1.50 1 keping. Murah suda maitu, sama mcm harga 1 tin cola ja....

Antara aktiviti yang membawa kita mempersiapkan rohani kita untuk menghadiri KBK-3 di Tambunan. KBK MPMS akan merangka beberapa program persiapan rohani menuju KBK-3.

TARIKH TUTUP HANTAR BORANG 22 MAC 2010



Saturday, January 9, 2010

KRISTUS MENGAJAR KITA UNTUK MENGAMPUNI

Berdoa dan mengampuni mereka yang melakukan.