Wednesday, November 11, 2009

OK kaaa KOOO


Tersebutlah kisah 3 buah gereja yang elah "diserang "oleh kelawar-kelawar. Mereka telah menjadikan gereja-gereja berkenaan sebagai sarang utama mereka. Bagaimana mau halau mereka ini? Nah, Setelah berbincang dengan panjang dan lebar. Di Gereja pertama, mereka telah mengambil keputusan untuk membiarkan saja kelawar-kelawar berkenaan. Dengan alasan bahawa binatang-binatang ini adalah ciptaan Tuhan dan mereka telah ditakdirkan oleh Tuhan untuk tinggal di dalam gereja mereka. Maka, beranak-pinaklah kelawar-kelawar berkenaan! Masalah tak selesai.

Di gereja kedua, mereka berkata bahawa bintang-bintang ini tidak boleh dicederakan kerana mereka adala ciptaan Tuhan. Lalu, mereka menangkap semua kelawar berkenaan dan memindahkan mereka jauh-jauh, kira-kira 50 kilometer daripada gereja mereka. Tapi beberapa hari kemudian, timbul lagi itu kelawar-kelawar.Masalah kembali lagi!

Di gereja ketiga, paderi yang bertugas disana telah menyuruh umat menangkap semua kelawar itu lalu "membaptis" mereka. Selepas saja menerima pembaptisan, mereka semuanya terbang jauh. Hilang bergitu saja. Tapi...kadang-kadang, adalah beberapa mereka kelihatan didalam gereja terutama sekali pada hari Easter dan Krismas! He he he....kurang sikit masalah.

Hmmmm....mari sama-sama berfikir dan merenung secara mendalam: Adalah kita seperti mereka? Apakah saya kristian kelawar? Yang datang ke Gereja sekali-sekala? Hehehe...sekadar membangkitkan kesedaran betapa pentingnya menjadi seorang beriman yang OK dan bukan KOO.... aje.He he he...jangan marah kio.)

Facebook si Padoo Erik Jerome

Monday, November 9, 2009

REKOLEKSI AKHIR TAHUN TPBK

Kalau kamu mau tau, yang ari minggu suda kami balik dari Purun pigi itu Rekoleksi Akhir Tahun TPBK (Tim Pelayanan Belia Keuskupan), yang diadakan pada 06-07 Disember 2009 di Rumah Retret Keuskupan Keningau Purun (RRKK Purun). Peserta Mission Sook tinggal lagi 1 malam sampai 08hb, sebab susah gia mau balik malam, paroki lain bilang Mission Sook paling jauh yang pigi Purun tau-tau sama juga jarak pigi St. Theresa, Tambunan.

10 orang peserta dari Mission Sook yang join ini Rekoleksi. Tema untuk Rekoleksi kali ini ialah “Bersatu, bersama, melayani dengan (dalam) Yesus” best tema ni Rekoleksi kan?, tapi sejauh manakah tema ini menjadi “best” di dalam Tim Belia di setiap paroki/mission di Keuskupan Keningau. Bapa Uskup Cornelius Piong telah memimpin Misa Kudus Pembukaan dalam homilinya Bapa Uskup menyatakan bahawa bersatu itu penting di dalam pelayanan lebih-lebih lagi di dalam Tim. Antara pemberi sesi semasa Rekoleksi ini ialah Fr. Ronnie Luni, Sr. Tina Basil dan Sdra Wilfred James. Misa Kudus Penutup oleh Fr. Ronnie Luni. Rekoleksi ini membawa para peserta untuk “mendengar, merenung dan berdoa”. Rekoleksi di akhiri dengan Mesyuarat TPBK yang dipimpin oleh Sdra Wilfred James (Koordinator Belia Keuskupan).


Rekoleksi ini telah menyedarkan Tim Belia di Mission Sook, betapa pentingnya semangat Kesatuan di dalam pelayanan belia, terbuka kepada teguran di antara sesama dan saling memahami diantara satu sama lain.




Wednesday, November 4, 2009

TABUNG PEMBANGUNAN GEREJA ROH KUDUS SOOK

Dengan ilham Roh Kudus maka terbentuklah satu tabung yang dipanggil TABUNG PEMBANGUNAN GEREJA ROH KUDUS SOOK. Beberapa tindakan telah dilakukan untuk mencari dana untuk bagi membantu proses Pembangunan Gereja berjalan dengan lancar, yang terdekat ialah Makan Amal yang akan diadakan pada 11 Disember 2009, harga tiket bagi dewasa (RM15.00 seorang), remaja 13-18 tahun (RM7.00 seorang) dan kanak-kanak (RM5.00 seorang). Bagi anda yang berkesempatan, belilah tiket and membeli sambil menderma untuk pembangunan Gereja kita.



LATIHAN KAROLING

Wah....wah....wah...tanpa disedari sekarang berada di bulan november suda pula, alamak!!. Start suda mau latihan karoling di setiap KUK di seluruh dunia hehe. Tidak terkecuali para belia dari seluruh Mission Sook yang sedang giat mau kasi start latihan karoling di KUK masing-masing. Kita bersyukur kerana kita dapat menjadi seperti Yohanes Pembaptis yang merintis jalan untuk kedatangan Putera Allah dari syurga turun ke dunia dan ini merupakan satu rahmat bagi kita umat Kristian terutamanya Katolik. Marilah belia seluruh Mission Sook kita sama-sama mempersiapkan diri secara peribadi untuk mewartakan khabar gembira kelahiran Yesus Kristus. Jangan sekali-kali lari dari tujuan utama kita untuk membuat Kristus lebih besar lagi. Jumpa di KBCL-11, Gereja Roh Kudus Sook 2009.

PERKONGSIAN IMAN REKOLEKSI KEPIMPINAN BELIA

Sebagai Katekis Pelayan di dua Gereja / KUK Kebulu dan Kovosion Sook, sememangnya saya mempunyai azam & tekad tersendiri dalam pelayanan sepertimana teladan yang ditunjukkan Tuhan Yesus Kristus. Secara peribadi, sebelum dan ketika saya memulakan tugas sebagai katekis di dua Gereja ini, bagi menggantikan Katekis Stanislaus Doyoh, saya telah menetapkan di dalam diri saya satu misi untuk melayani iaitu mahu membawa, mengajak, dan mendorong seluruh Umat katolik di kedua-dua KUK ini untuk meningkatkan tahap “keyakinan” dalam diri mereka khususnya BELIA tentang ertinya “mengGereja”.

Idea mengadakan Rekoleksi kepimpinan ini tercetus selepas pembentukan Kerasulan Belia Katolik Gabungan KUK Kebulu dan KUK Kovosion Sook pada 06 september 2009, yang mana merupakan atas dorongan dan sokongan oleh Pengerusi KBK MPMS Sdr. Bodrick Paulus, dan rakan TEAM Sdr. Donny Gagit.

Pada mula perancangan Rekoleksi ini, saya dan seluruh umat menghadapi berbagai masalah seperti penginapan, kekurangan air, kekurangan sambutan para BELIA dan kekurangan Dana sehingga saya hampir2 mahu memutuskan supaya Rekoleksi ini diBATALkan. Maka dari itu, saya dan seluruh umat tidak henti2 berdoa dalam Doa Rosary, Triduum, dan Doa2 Umat, memohon bantuan Tuhan Yesus menyelasaikan kesulitan yang kami hadapi.

Seminggu sebelum Rekoleksi, doa2 kami nampak mulai dikabulkan apabila beberapa keluarga dengan rela hati menderma dan menawarkan rumah penginapan. Tidak kurang dari itu, ada juga peserta yang yang mendaftar lebih awal yang menunjukkan sokongan moral mereka. Dari itu, saya percaya bahawa Tuhan telah mengabulkan doa2 kami.

Pada hari pertama Rekoleksi ini, kami mulakan dengan Doa Kelompok pada sebelah malamnya yang dipimpin oleh Pengerusi KBK MPMS sendiri. Dalam renungannya, beliau menekankan betapa pentingnya BELIA menyahut panggilan untuk melayani dalam Gereja mahupun diluar gereja tanpa rasa segan atau malu, disamping takut & setia mentaati perintah2 Tuhan (LUK12:6).

Sepanjang Rekoleksi ini, saya sangat terkesan dengan banyak perkara terutamanya identiti sebagai BELIA, tugas, peranan dan kepimpinan BELIA serta bagaimana sifat2 TEAM yang baik. Selain itu , Rekoleksi ini bukan sahaja memuatkan sesi2 ceramah, tetapi diselitkan juga sesi perkongsian individu dan perbincangan dalam kumpulan dan pembentangan hasil perbincangan setiap kumpulan yang mana sedikit sebanyak telah menggalakkan para peserta berfikir secara kritis, inovatif dan kreatif selain menguji keberanian para peserta untuk bercakap secara umum dikhalayak ramai.

Secara peribadi, saya lebih suka menyatakan bahawa INILAH Rekoleksi BELIA yang “terbaik” saya pernah hadiri bukan sahaja dari segi sesi ceramah, bangkel, perkongsian, renungan dan laporan, malah jadual dan pengisian dalam sepanjang Rekoleksi ini yang sangat bertepatan, sesuai, efektif dan “versetail’ seperti Penayangan Video Belia dan Sesi MALAM BAKAT BELIA KUK KEBULU DAN KUK KOVOSION yang secara langsung juga berjaya mengasah bakat2 terpendam Para Belia dari segi lakonan, tarian dan nyanyian.

Secara keseluruhannya, saya sangat bersyukur kepada Tuhan atas berkat-Nya, bantuan-Nya, bimbingan-Nya dan sokongan-Nya yang tidak henti2 selain pengabulan doa2 kami, terutamanya kerana mengutus dan menghantar dua orang BELIA yang cukup perihatin dan professional iaitu Sdr. Bodrick Paulus dan Sdr. Donny Gagit untuk bersama-sama kami dalam membawa, mengkhabarkan, dan mengkongsikan misi pelayanan cintakasih Tuhan Yesus Kristus (MRK10:45).

Sekalipun ini Rekoleksi Kepimpinan BELIA yang julung2 kali diadakan Peringkat KUK Kebulu dan KUK Kovosion sejak 1987-an, bertempat di Gereja St. Thomas Kovosion Sook, saya berharap Rekoleksi seperti dapat diteruskan dan berkesinambungan, juga berharap dapat diadakan di KUK2 sekitar khususnya yang belum pernah mengadakan Rekoleksi seumpama ini. BY. KAT. DAVID RICHARD G.