Saturday, July 25, 2009

Tahniah Rev Fr. Ronnie Alfred Luni


Rev Fr Ronnie Alfred Luni

Telah ditahbiskan oleh Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong pada 25 Julai 2009 (Sabtu) bertempat di Paroki St.Theresa, Tambunan, pada masa yang sama Bapa Uskup telah melancarkan Tahun Para Paderi peringkat Keuskupan Keningau (2009 - 2010). Tahniah kepada Fr. Ronnie Luni kerana telah menyahut panggilan Tuhan dengan merelakan diri untuk menjadi Paderi. Fr. Ronnie Luni akan melayani di Paroki St. Peter, Kuala Penyu. Semoga terus maju di dalam pelayanan Fr. Kami sentiasa mendoakan.

"Setialah kepada yang SETIA kerana yang SETIA akan tetap setia kepada yang setia"

Thursday, July 16, 2009

Adakah mereka terpanggil??

Seminar Informasi Panggilan yang telah diadakan pada 10-12 Julai 2009 bertempat di Gereja Roh Kudus Sook, dianjurkan oleh Tim Komisi Panggilan Keuskupan Keningau yang diketuai oleh Fr.Bonaventure Unting (merupakan paderi pertama dari Mission Sook), Sr.Tina Basil (FSIC), Sr.Eugene (Infant Jesus), Sr.Bridget (Putri Karmel), Bro.Terezo (CSE), Sr. Emily (Komuniti Betania) dan Bro.Egbertus Jaikul (FSC, La Salle Brother). Seramai 55 orang peserta telah memberanikan diri tanpa dipaksa oleh siapa-siapa untuk menyertai seminar informasi ini.

98 % para belia dan 2 % merupakan ibu-ibu yang sanggup meluangkan masa untuk menyertai seminar ini. Huyoo, respect la sama ibu-ibu yang join, kamurang memang spoting. Pada 10hb Julai hari yang pertama, Fr.Bona telah menyampaikan sesi yang pertama di dalam homilinya semasa Misa Kudus pembukaan, iaitu Tema Pastoral Keuskupan. Betapa pentingnya kita sebagai umat di Keuskupan Keningau menghidupi Tema Pastoral kita sendiri yang sangat indah kerana merangkumi seluruh kehidupan kita sehari-hari seperti Berbudaya Menyembah Tuhan, Membentuk Iman & Bertanggungjawab sosial melalui keluarga yang berteraskan Ekaristi. Sesi II - Sejarah Keuskupan Keningau yang disampaikan oleh Bro. Egbertus Jaikul. Diikuti dengan saat teduh oleh Fr.Bona sebagai penutup hari pertama.

Hari kedua merupakan hari yang paling panjang di dalam seminar ini. Hari kedua dimulakan dengan sesi pengenalan kongregasi, dalam sesi ini Bro & Sr yang mewakili kongregasi masing-masing telah memperkenalkan kongregasi mereka kepada para peserta. Pada petang hari tersebut, pembahagian kumpulan telah dilakukan dan disambung dengan games serta latihan untuk persiapan malam persembahan. Malam persembahan yang bermula pada jam8.00 malam sangat happening sekali dengan persembahan yang menghiburkan dari setiap kumpulan dan di hiburkan lagi dengan persembahan yang disampaikan oleh KWK GRKS.

Misa Kudus pada hari ketiga (hari ninggu) dipimpin oleh Fr.Bona bersama dengan umat. Semasa homili, Fr telah memberikan informasi tentang Kepaderian. Selepas Misa Kudus, aktiviti soal jawab telah diadakan, disinilah para peserta dapat bertanya segala persoalan mereka tentang panggilan.

Kita tahu bahawa "Tuaian memang banyak, tetapi pekerja sedikit" oleh itu adakah mereka terpanggil??.Sama-samalah kita berdoa kepada yang empunya tuaian agar mengirirmkan pekerjanya. Oleh itu para belia semua beranilah untuk menyahut panggilan Tuhan dengan terbuka kepada dorongan kuasa Roh Kudus.