Wednesday, November 4, 2009

PERKONGSIAN IMAN REKOLEKSI KEPIMPINAN BELIA

Sebagai Katekis Pelayan di dua Gereja / KUK Kebulu dan Kovosion Sook, sememangnya saya mempunyai azam & tekad tersendiri dalam pelayanan sepertimana teladan yang ditunjukkan Tuhan Yesus Kristus. Secara peribadi, sebelum dan ketika saya memulakan tugas sebagai katekis di dua Gereja ini, bagi menggantikan Katekis Stanislaus Doyoh, saya telah menetapkan di dalam diri saya satu misi untuk melayani iaitu mahu membawa, mengajak, dan mendorong seluruh Umat katolik di kedua-dua KUK ini untuk meningkatkan tahap “keyakinan” dalam diri mereka khususnya BELIA tentang ertinya “mengGereja”.

Idea mengadakan Rekoleksi kepimpinan ini tercetus selepas pembentukan Kerasulan Belia Katolik Gabungan KUK Kebulu dan KUK Kovosion Sook pada 06 september 2009, yang mana merupakan atas dorongan dan sokongan oleh Pengerusi KBK MPMS Sdr. Bodrick Paulus, dan rakan TEAM Sdr. Donny Gagit.

Pada mula perancangan Rekoleksi ini, saya dan seluruh umat menghadapi berbagai masalah seperti penginapan, kekurangan air, kekurangan sambutan para BELIA dan kekurangan Dana sehingga saya hampir2 mahu memutuskan supaya Rekoleksi ini diBATALkan. Maka dari itu, saya dan seluruh umat tidak henti2 berdoa dalam Doa Rosary, Triduum, dan Doa2 Umat, memohon bantuan Tuhan Yesus menyelasaikan kesulitan yang kami hadapi.

Seminggu sebelum Rekoleksi, doa2 kami nampak mulai dikabulkan apabila beberapa keluarga dengan rela hati menderma dan menawarkan rumah penginapan. Tidak kurang dari itu, ada juga peserta yang yang mendaftar lebih awal yang menunjukkan sokongan moral mereka. Dari itu, saya percaya bahawa Tuhan telah mengabulkan doa2 kami.

Pada hari pertama Rekoleksi ini, kami mulakan dengan Doa Kelompok pada sebelah malamnya yang dipimpin oleh Pengerusi KBK MPMS sendiri. Dalam renungannya, beliau menekankan betapa pentingnya BELIA menyahut panggilan untuk melayani dalam Gereja mahupun diluar gereja tanpa rasa segan atau malu, disamping takut & setia mentaati perintah2 Tuhan (LUK12:6).

Sepanjang Rekoleksi ini, saya sangat terkesan dengan banyak perkara terutamanya identiti sebagai BELIA, tugas, peranan dan kepimpinan BELIA serta bagaimana sifat2 TEAM yang baik. Selain itu , Rekoleksi ini bukan sahaja memuatkan sesi2 ceramah, tetapi diselitkan juga sesi perkongsian individu dan perbincangan dalam kumpulan dan pembentangan hasil perbincangan setiap kumpulan yang mana sedikit sebanyak telah menggalakkan para peserta berfikir secara kritis, inovatif dan kreatif selain menguji keberanian para peserta untuk bercakap secara umum dikhalayak ramai.

Secara peribadi, saya lebih suka menyatakan bahawa INILAH Rekoleksi BELIA yang “terbaik” saya pernah hadiri bukan sahaja dari segi sesi ceramah, bangkel, perkongsian, renungan dan laporan, malah jadual dan pengisian dalam sepanjang Rekoleksi ini yang sangat bertepatan, sesuai, efektif dan “versetail’ seperti Penayangan Video Belia dan Sesi MALAM BAKAT BELIA KUK KEBULU DAN KUK KOVOSION yang secara langsung juga berjaya mengasah bakat2 terpendam Para Belia dari segi lakonan, tarian dan nyanyian.

Secara keseluruhannya, saya sangat bersyukur kepada Tuhan atas berkat-Nya, bantuan-Nya, bimbingan-Nya dan sokongan-Nya yang tidak henti2 selain pengabulan doa2 kami, terutamanya kerana mengutus dan menghantar dua orang BELIA yang cukup perihatin dan professional iaitu Sdr. Bodrick Paulus dan Sdr. Donny Gagit untuk bersama-sama kami dalam membawa, mengkhabarkan, dan mengkongsikan misi pelayanan cintakasih Tuhan Yesus Kristus (MRK10:45).

Sekalipun ini Rekoleksi Kepimpinan BELIA yang julung2 kali diadakan Peringkat KUK Kebulu dan KUK Kovosion sejak 1987-an, bertempat di Gereja St. Thomas Kovosion Sook, saya berharap Rekoleksi seperti dapat diteruskan dan berkesinambungan, juga berharap dapat diadakan di KUK2 sekitar khususnya yang belum pernah mengadakan Rekoleksi seumpama ini. BY. KAT. DAVID RICHARD G.

No comments:

Post a Comment