Sunday, April 19, 2009

Selamat Paska 2009

Paska memberi erti yang mendalam dalam diri saya. Perayaan paska menyedarkan saya bahawa pengorbanan Yesus sehingga Ia rela mati di kayu salib hanya kerana Dia sangat mencintai saya. Sungguh Dia adalah Tuhan yang merendahkan diri-Nya sehingga rela menjadi korban untuk menghapus dosa dunia, sungguh pedih luka-luka yang telah Dia alami. Tidak pernah terlintas di fikiran-Nya untuk menolak salib yang menanti-Nya dan paku yang menusuk di tangan-Nya. Betapa kasih Yesus termegah bagi saya. Marilah kita terus menjadi pengikut Yesus yang setia, kerana Dia telah setia kepada kehendak Bapa di Syurga.

Bod P

No comments:

Post a Comment