Saturday, March 20, 2010

Shallom

Shallom semua belia yang dikasihi dalam nama Tuhan kita Yesus Kristus, wah dekat sudah ni KBK-3, sapa yang tidak sabar-sabar lagi mau join...bah...hantarlah tu borang yang kamu beli. Minta maaf kerana ni blog lama suda tida update hehe, tapi sekarang update balik suda..jadi kepada pelawat yang setia teruslah bersama kami di blog KBK MISSION SOOK.Roh Kudus sentiasa menyertai kita

Monday, January 11, 2010

Animator KBK-3

KBK GRKS mengucapkan terima kasih kepada semua yang ada di gambar ni kerana sudi menyumbangkan tenaga untuk menjadi Animator KBK-3 pada 06 Disember 2009 iaitu Pelancaran KBK-3. Meskipun penat kerana telah bertungkus lumus membantu MOT&LOT semasa KBCL-11, namun semangat tetap membara untuk melayani Tuhan. Masih muda-muda gia, tulah dorang-dorang ni penuh dengan semangat yang membara-bara hehe. Walaupun banyak kekurangan dari segi gerakan, namun yang paling penting kejujuran kita untuk memberi yang terbaik dalam apa pun yang kita lakukan untuk Yesus. Thx untuk Janet, Epen, Nana, Boy, Tracy, Grace, Ronny, Dody, Jojo, Well, Donny and Franco.

Sunday, January 10, 2010

ALBUM ROHANI (ENGKAU PENOLONG-KU)

Membeli sambil menderma. Album rohani yang telah dilancarkan oleh Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong pada 11 Disember 2009 di Gereja Roh Kudus Sook telah mula dijual diseluruh Sabah. Anda yang ingin mendapatkan album rohani ini, silalah hubungi.

Trinity Records,
Pekan Sook,
PO Box 1291,
89008 Keningau.
Emel : boydrixz@yahoo.com
No. Tel : 0198229055 & 0148756533

Hasil penjualan akan disumbangkan kepada TABUNG PEMBANGUNAN GEREJA ROH KUDUS SOOK.

Menuju KBK-3

Hai belia semua, apa kabar kamurang di tahun yang baru ini, harap-harap semuanya okey2 ja kio. KBK GRKS mengucapkan HAPPY NEW YEAR 2010, siou sebab lambat wish, tapi apa-apa pun kita bersyukur kepada Tuhan atas tahun 2009 yang banyak memberi kita kenangan manis dan pahit (Mespes) hehe. Untuk pengetahuan semua aktiviti KBK tahun ini akan tertumpu kepada KBK-3, 2010 yang akan di adakan di St. Theresa, Tambunan pada 07 - 11 Jun 2010. Oleh itu, start dari bulan 1 sampai bulan 5 kita akan banyak menjalankan aktiviti MENUJU KBK-3.

YURAN RM85.00 Seorang
(Termasuk baju noh maini, momom & air minum)

Borang berharga RM1.50 1 keping. Murah suda maitu, sama mcm harga 1 tin cola ja....

Antara aktiviti yang membawa kita mempersiapkan rohani kita untuk menghadiri KBK-3 di Tambunan. KBK MPMS akan merangka beberapa program persiapan rohani menuju KBK-3.

TARIKH TUTUP HANTAR BORANG 22 MAC 2010



Saturday, January 9, 2010

KRISTUS MENGAJAR KITA UNTUK MENGAMPUNI

Berdoa dan mengampuni mereka yang melakukan.

Monday, December 14, 2009

KBCL-11, GRKS 2009

Khemah Belia Candle Light (KBCL), merupakan aktiviti tahunan belia Mission Sook setiap tahun. Dijalankan bulan 12 musim hujan hehehe....Tapi tahun ni aktiviti ini berjalan lancar di Gereja Roh Kudus Sook sebagai tuan rumah KBCL-11, 2009. Seramai 700 lebih peserta yang menyertai KBCL tahun ini bagi mempersiapkan diri untuk diutus untuk menjadi pelayan Karoling yang berwawasan dan berfokuskan kepada Yesus. Walaupun aktiviti ini lebih kepada persiapan Karoling, namun pihak penganjur juga mengadakan aktiviti yang berkaitan dengan isu-isu semasa seperti ceramah yang membantu para belia diteguhkan di dalam pelayanan masing-masing. Mari kita sama-sama saksikan gambar-gambar time KBCL yess!!!
Ekaristi pembukaan - Rev Fr. Valentine Gompok

Banyak oh lilin yang menyala-nyala. Sapa bakar kasitau capat!

Ekaristi penutupan - Bishop Datuk Cornelius Piong

Kita sama-sama lagi tahun depan di Zon Mansiat di Gereja Keluarga Kudus Mansiat

Pujian & penyembahan

Apa yang sa rasa ah ikut KBCL, oren mangkali hehe

Walk with Jesus, we are one



Wednesday, November 11, 2009

OK kaaa KOOO


Tersebutlah kisah 3 buah gereja yang elah "diserang "oleh kelawar-kelawar. Mereka telah menjadikan gereja-gereja berkenaan sebagai sarang utama mereka. Bagaimana mau halau mereka ini? Nah, Setelah berbincang dengan panjang dan lebar. Di Gereja pertama, mereka telah mengambil keputusan untuk membiarkan saja kelawar-kelawar berkenaan. Dengan alasan bahawa binatang-binatang ini adalah ciptaan Tuhan dan mereka telah ditakdirkan oleh Tuhan untuk tinggal di dalam gereja mereka. Maka, beranak-pinaklah kelawar-kelawar berkenaan! Masalah tak selesai.

Di gereja kedua, mereka berkata bahawa bintang-bintang ini tidak boleh dicederakan kerana mereka adala ciptaan Tuhan. Lalu, mereka menangkap semua kelawar berkenaan dan memindahkan mereka jauh-jauh, kira-kira 50 kilometer daripada gereja mereka. Tapi beberapa hari kemudian, timbul lagi itu kelawar-kelawar.Masalah kembali lagi!

Di gereja ketiga, paderi yang bertugas disana telah menyuruh umat menangkap semua kelawar itu lalu "membaptis" mereka. Selepas saja menerima pembaptisan, mereka semuanya terbang jauh. Hilang bergitu saja. Tapi...kadang-kadang, adalah beberapa mereka kelihatan didalam gereja terutama sekali pada hari Easter dan Krismas! He he he....kurang sikit masalah.

Hmmmm....mari sama-sama berfikir dan merenung secara mendalam: Adalah kita seperti mereka? Apakah saya kristian kelawar? Yang datang ke Gereja sekali-sekala? Hehehe...sekadar membangkitkan kesedaran betapa pentingnya menjadi seorang beriman yang OK dan bukan KOO.... aje.He he he...jangan marah kio.)

Facebook si Padoo Erik Jerome