Thursday, October 22, 2009

Saya mahu ikut Yesus, Yesus pemimpin yang baik

Rekoleksi Kepimpinan Belia telah diadakan di St. Thomas, Kovosion pada 16 - 18 Oktober 2009. Rekoleksi ini merupakan gabungan 2 KUK iaitu KUK All Saints, Kebulu dan St. Thomas, Kovosion. Enjoy dorang time rekoleksi, kerana sejak 1987, ini merupakan aktiviti yang pertama kali diadakan di St. Thomas, Kovosion. Huhu, lama suda oh tiada program, tiap minggu hanya sembahyang ja la, Ibadat Sabda jalah. Tapi Tuhan tida mau hal ini berterusan, maka dengan ilham Roh Kudus, sejak sekian lama dorang tiada AJK KBK...teng3, sekarang suda ditubuhkan dengan jayanya..tepuk tangan...aii sa saturang ja tepuk tangan??hahahaha tida pa yang penting sa happy. Teruskan story, tapi sebelum tu mari kita tinguk gambar dorang yang sangat happy, tapi tida tau hati happy atau tidak...atau ada yang happy paksa-paksa...

28 orang peserta telah menyertai program ini. Mereka sangat bersemangat untuk menyertai semua aktiviti yang dianjurkan. Program ini dipimpin oleh AJK KBK MPMS, yang diketuai oleh Sdra Bodrick Paulus dan Sdra Donny Gagit. Antara sesi-sesi yang telah disampaikan ialah seperti pembinaan keyakinan diri dan semangat TEAM, bagaimana saya dapat membentuk iman?, kepimpinan dalam Gereja Katolik, dan sesi yang terakhir menjadi saksi-saksi Kristus. Selain sesi, para peserta juga berpeluang untuk bermain beberapa permainan yang mampu buat mereka ketawa kesiokan. Tanpa menyedari, mereka telah mempraktikkan semangat kesatuan dan semangat kerjasama semasa bermain games tersebut. Mereka juga telah menunjukkan bakat pada Malam Bakat Belia, tida dapat dinafikan orang muda punya fikiran memang kreatif. Best-best dorang punya persembahan, ada lagi yang buat suspen bah. Bakat belia terserlah pada malam tersebut, bakat merupakan aset yang diperlukan dalam membantu sesama untuk maju bersama.

Yang pasti objektif adalah tujuan utama rekoleksi ini, dari perkongsian para peserta mereka sangat terkesan dengan rekoleksi ini. Semoga KBK KUK Kovosion dan KUK Kebulu terus di dalam kasih Tuhan untuk meneruskan misi Kristus di Kg tersebut. Kepada anda yang terbaca artikel ini mari kita doa mereka. Amen.