Tuesday, June 30, 2009

BMK 2009 - PERKONGSIAN IMAN KBK ST.PETER, PEMENTERIAN, NABAWAN.

Program Belia Masuk Kampung (BMK) yang telah berlangsung sepanjang 4 hari di Kg.Pementerian sememangnya telah memberikan suatu pengalaman yang cukup bermakna bagi semua umat dikampung ini. Secara peribadi, saya melihat program ini sebagai suatu program yang telah berjaya menyuntik semangat baru kepada para umat untuk terus percaya kepada segala rencana Tuhan dan sebagai belia, kami juga seperti telah diberi kekuatan dan keberanian untuk terus melayani di ladang Tuhan yang luas ini. Sebagai salah seorang umat di kampung ini, saya sangat-sangat bersyukur adanya program seumpama ini kerana ia sememangnya telah banyak membantu bukan sahaja didalam perkembangan iman para umat tetapi disamping itu, ia juga banyak mendedahkan kepentingan untuk menyeimbangkan taraf pendidikan dan juga pembangunan rohani bagi setiap individu khususnya para pelajar dan kepada ibubapa amnya.

Sepanjang program ini berlangsung, pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh para peserta BMK antaranya ialah aktiviti untuk kanak-kanak, belia dan juga ibubapa. Walaupun aktiviti-aktiviti tersebut hanya dijalankan dalam jangka masa yang begitu singkat namun saya dapat merasakan keberkesanannya adalah begitu mendalam sekali kepada umat-umat kampung ini. Sebagai seorang belia, saya telah mempelajari banyak perkara terutamanya melalui perkongsian iman daripada peserta BMK sendiri yang mana mereka telah mengongsikan pengalaman-pengalaman iman mereka daripada pelbagai aspek yang walaupun kelihatan remeh tetapi begitu mencabar sekali. Saya juga sangat tertarik dengan perkongsian alkitab yang sememangnya benar-benar telah menyentuh hingga ke dasar hati saya, "Gembalakanlah domba-dombaKu", dua perkataan ini nampak begitu ringkas sekali tetapi sangat indah untuk direnungkan dan sangat bermakna untuk dinilaikan. Inilah yang telah memberikan saya lebih kekuatan dan semangat untuk saya meneruskan pelayanan dirumah Tuhan kerana saya percaya bahawa Tuhan mencipta kita bukan secara kebetulan tetapi atas rencana yang telah ditetapkan.

Sekali lagi, saya benar-benar bersyukur atas kesempatan menjalani kehidupan bersama para peserta BMK yang telah banyak membantu saya untuk lebih memahami akan rencana dan cintakasih Tuhan dalam hidup saya. Melalui mereka, Tuhan telah menunjukkan betapa Dia tidak pernah membiarkan umat-umatNya melangkah sendirian. Syukur dan puji Tuhan. Akhir kata, saya meletakkan harapan yang begitu besar agar program BMK yang akan datang terus memilih kampung ini sebagai destinasi mereka. Semoga melalui program BMK ini kita semua dapat terus berjalan bersama dalam terang dan cintakasih Tuhan kita Yesus Kristus. Amen.

ELVIE ALEXANDER
KBK ST.PETER, PEMENTERIAN
NABAWAN.

Para peserta BMK di Kg. Pementerian, Nabawan.

HAPPY BIRTHDAY BISHOP CORNELIUS PIONG (1 JULAI)

Yang Mulia Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong
Uskup Keuskupan Keningau


KBK Mission Sook mengucapkan selamat hari jadi yang ke-60 tahun, semoga panjang umur dan sentiasa sihat dalam pelayanan. Semoga Roh Kudus terus memimpin Bapa Uskup untuk meneruskan misi Kristus khasnya di Keuskupan Keningau.

C.O.Y St.Peter Bundu, Kuala Penyu

Para peserta C.O.Y Mission Sook yang mempunyai pertanyaan sila berhubung dengan nombor-nombor yang berkaitan ;

GEREJA ROH KUDUS SOOK (PUSAT MISSION SOOK)
Donny Gagit - 014 8759577 & 013 8589488
Bodrick Paulus Aip - 014 8756533

ST.BEDE, NABAWAN (PUSAT ZON NABAWAN)
Mary Ann - 014 8566045
Jefora Sufi - 013 5436256

ST.PAULUS, RANCANGAN BELIA TIULON (PUSAT ZON RBT)
Frederick John - 014 8527123
Ersam Naut - 019 8410548

Thursday, June 25, 2009

Mission Sook destinasi BMK 2009

BMK (Belia Masuk Kampung) telah diadakan pada 16 - 26 Jun 2009 bertempat di Kg. Lanas, Sook dan Kg. Pementarian, Nabawan. Seramai 8 orang peserta mula berkumpul di Katedral St. Francis Xavier, Keningau pada 16hb Jun, diberikan input dan ceramah-ceramah bagi persiapan masuk kampung. Antara penceramah yang telah membantu bagi persiapan para peserta ialah Cikgu Christine Kinsik selaku peyelaras program, Sdra Wilfred James koordinator Belia Keuskupan dan Sr. Beatrice Jude. Para peserta mulai memasuki kampung pada 20hb Jun, 4 orang di Kg. Lanas, Sook dan 4 orang lagi di Kg. Pementarian.Para peserta BMK 2009 -Peter (KSFX), Adrian (Membakut), Ronnie (Kuala Penyu), Lexann (Sipitang), Bodrick (Mission Sook), LC (KSFX), Sherry (Beaufort) & Ervina (Beaufort)

Apa yang sangat membanggakan ialah Mission Sook merupakan satu-satunya tempat yang terpilih untuk program BMK pada tahun ini. Syukur kepada Tuhan kerana telah menghantar para belia IPT dari seluruh keuskupan untuk membantu umat khususnya para belia di Mission Sook agar lebih dapat mengembangkan iman dan mengetahui serba sedikit tentang betapa pentingnya Kerohanian dan Pendidikan dalam kehidupan. Sebahagian peserta merupakan peserta yang telah mengikuti Program Pembentukan Belia selama 10 hari di PPK, KSFX Keningau, oleh itu program BMK pada tahun ini sangat memberi kesan kepada kampung yang dilawati. Ini telah terbukti melalui sharing daripada para peserta BMK apabila kembali ke KSFX pada 25hb Jun setelah hidup di kampung selama 5 hari bersama keluarga angkat.

BMK 2009 di Kg. Pementarian, Nabawan.

Bertolak dari KSFX menuju destinasi......Kg. Pementarian, Nabawan

Sempat lagi bah begambar di Gereja Holy Spirit Sook, dengan gaya masing-masing

Bergambar bersama umat St. Peter, Pementarian......baru ja kami sampai ni

Rekreasi bersama kanak-kanak

Ibadat Sabda bersama umat

Xceeesise....sebelum start sukaneka kanak-kanak

Rosari bersama di Rumah besar

Sesi bersama KBK St. Peter, Pemuntarian.




Tuesday, June 9, 2009

PROGRAM PEMBENTUKAN BELIA

Tempat : Pusat Pastoral Keuskupan
Tarikh : 31hb Mei - 09 Jun 2009

Program Pembentukan Belia telah dijalankan selama 10 hari. Buat petama kalinya Program seperti ini telah diadakan di Keuskupan Keningau. Mari sama-sama kita saksikan gambar-gambar sepanjang Program Pembentukan Belia yang diadakan di PPK, KSFX Keningau.

Wajah-wajah para pemimpin belia dari seluruh Keuskupan Keningau

Mamarayou.....oku Kinorohingan......

Wilfred James - Koordinator Belia Keuskupan Keningau